Tuesday, 27 March 2012

Tanpa wanita siapalah lelaki…

          Ermm.. malam ni terasa sangat tak larat.. penat.. s0 duduk-duduk je.. Then, sementara menunggu mata mengantuk, tangan mencapai sebuah buku yang bertajuk "Membina Hati Bahagia" (Motivasi Diri Wanita) yang dikarang oleh Dr. Hm Tuah Iskandar.. Sedang membelek-belek mukasurat, ternampak satu tajuk yang menarik perhatian.. "Tanpa Wanita, Siapalah Lelaki...".. Umum pasti tahu, semestinya lelaki akan mengatakan, tanpa lelaki siapalah wanita dan wanita pula sebaliknya.. Hihihihi.... 
          
          Jadi, disini nak k0ngsi satu kisah dari buku tersebut yang rasanya menarik dan baik untuk dikongsi dengan para pembaca disini supaya lepas ni takde lagi yang bertekak ye ...v.v
          
          Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda-tanda bacaaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan. Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu, dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut: 
            
                                              "Woman, without her man, is nothing" 

Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk di tempatnya dan sorakan berterusan. Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling sekilas kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:  

                               "Woman! without her, man is nothing." 

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya, semua mata tertumpu kepada profesor. "Well," kata profesor itu. "You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan. Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata professor itu yang menyentak. "You can be what you want to be". Maknanya, daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan terletak pada diri kita. Kalau woman without her man is nothing dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu, hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila ia dibaca sebagai “woman! Without her, man is nothing.” Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
  
Pilihan memang terletak pada kita sendiri, sebagaimana kita bebas meletakkan tanda bacaan pada frasa-frasa yang kita tuliskan, demikianlah dalam kehidupan. Kita bebas meletakkan penanda dalam cara kita berkomunikasi sehinggakan perkara yang kurang enak menjadi lunak dan indah.

Lihat sahaja seorang anak tatkala dia meminta sesuatu daripada ayahnya, jika dia menggunakan bahasa yang keras sudah tentu ayah enggan memberikan, tetapi jika dia menggunakan bahasa memujuk, lembut, dan belas, dia pasti mendapat apa yang dikehendakinya.
       
                So… renung2kanlah… terimakasih krn sudi meluangkan masa membaca entry ini.. ^^

4 comments:

  1. singgah sini sambil baca entry.bagus entry ni.Aynn next time aynn kena letak sekali URL blog masa Blogwalking.Tujuan utk blogger2 senang brknjung smula ke blog aynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. s0rry kakak.. gel0j0h ckit k0t, smpai terlupe nk tinggalkan url . hahaha... tq kakak, jejaklah cni salu ea.. ^^ salu jenguk kakak jugak. :)

      Delete
  2. disebalik kejayaan seorg lelaki.. ada wanita di belakangnya..

    ReplyDelete
  3. hargailah wanita..wanita ibarat permata..:)

    ReplyDelete

assalamualaikum..thanks tinggalkan komen kamu. :)