Tuesday 27 March 2012

Tanpa wanita siapalah lelaki…

          Ermm.. malam ni terasa sangat tak larat.. penat.. s0 duduk-duduk je.. Then, sementara menunggu mata mengantuk, tangan mencapai sebuah buku yang bertajuk "Membina Hati Bahagia" (Motivasi Diri Wanita) yang dikarang oleh Dr. Hm Tuah Iskandar.. Sedang membelek-belek mukasurat, ternampak satu tajuk yang menarik perhatian.. "Tanpa Wanita, Siapalah Lelaki...".. Umum pasti tahu, semestinya lelaki akan mengatakan, tanpa lelaki siapalah wanita dan wanita pula sebaliknya.. Hihihihi.... 
          
          Jadi, disini nak k0ngsi satu kisah dari buku tersebut yang rasanya menarik dan baik untuk dikongsi dengan para pembaca disini supaya lepas ni takde lagi yang bertekak ye ...v.v
          
          Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda-tanda bacaaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan. Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu, dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut: 
            
                                              "Woman, without her man, is nothing" 

Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk di tempatnya dan sorakan berterusan. Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling sekilas kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:  

                               "Woman! without her, man is nothing." 

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya, semua mata tertumpu kepada profesor. "Well," kata profesor itu. "You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan. Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata professor itu yang menyentak. "You can be what you want to be". Maknanya, daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan terletak pada diri kita. Kalau woman without her man is nothing dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu, hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila ia dibaca sebagai “woman! Without her, man is nothing.” Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
  
Pilihan memang terletak pada kita sendiri, sebagaimana kita bebas meletakkan tanda bacaan pada frasa-frasa yang kita tuliskan, demikianlah dalam kehidupan. Kita bebas meletakkan penanda dalam cara kita berkomunikasi sehinggakan perkara yang kurang enak menjadi lunak dan indah.

Lihat sahaja seorang anak tatkala dia meminta sesuatu daripada ayahnya, jika dia menggunakan bahasa yang keras sudah tentu ayah enggan memberikan, tetapi jika dia menggunakan bahasa memujuk, lembut, dan belas, dia pasti mendapat apa yang dikehendakinya.
       
                So… renung2kanlah… terimakasih krn sudi meluangkan masa membaca entry ini.. ^^
DOA PENGASIH MUKMIN

ALLAHUMMAJ'ALNII MAHBUUBANN  FII QULUU BILMUKMINIINAWALMUKMINAAT, 

WALMUSLIMIINAWALMUSLIMAAT , FABASSYIRNII WABALLIGHNII WABILGHANIYYII 

ILAA MII'ATIIN WA'ISYRUUNI HASANATANN FALLAHUKHAIRUN HAAFIZHANN 

WAHUWA ARHAMARRAAHIMIN..
 MAKSUDNYA:
YA Allah, jadikan aku disayangi pada hati orang mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Maka gembirakanlah aku, sampaikanlah aku dan kayakan aku sehingga 1200 kebaikan. Allah adalah sebaik-baik penjaga & Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

  • Baca doa ini sambil menadah tangan, selepas berdoa sapu pada wajah, atau bila ingin mencuci muka, bacalah doa pada air dan sapu pada wajah anda..
  • Insya Allah, sesiapa yang mengamalkan doa ini.. orang lain yang memandangnya akan jatuh rasa kasih kepadanya.. Jadi, sama-samalah kita semua mengamalkannya supaya saling ada rasa kasih antara kita sesama muslim.. Insya Allah... *_*
As salam.. untuk semua yang membaca penulisan pertama dari saya yang xseberapa ini.. ^^
I'm just new here.. s0, still have n0thing 2 say... n still thinking what i'll d0ing next.. hehehe..
Anyway, thank you so much kepada 'my best friend forever' kerana bersusah payah mencurah idea dan tenaga demi mencipta sebuah blog yg cute untuk saya.. i really2 appreciated it... terharu.. tak terbalas jasamu yang ikhlas.. Semoga Allah jua yang membalas & merahmati hidupmu... 
Saya sayang awak "my BFF"...